Halangan

Mengapa adanya halangan diantara kita,
Salahkah cinta yang sedang membara,
Mengapa ada yang tidak suka,
Salahkah dua insan mahu bersama?

Pedihku mendengarinya,
Halangan untuk bersama,
Dosa akan ku lakukan,
Jauh aku mendekati keimanan.

Sampai bila ku boleh berdewasa,
Sekiranya kau masih menghalang,
Perlu kau mula percaya,
Hidupku tidaklah sebarangan.

Ku ingin mulakan hidup baru,
Lepaskan anakmu ini,
Kerna ku lemas sentiasa diburu,
Daru dulu sehingga kini.

Mataku tidak buta melihat,
Hatiku tidak menipu perasaan,
Dialah yang dipanggil sahabat,
Cinta yang ikhlas penuh kegembiraan.

Comments

Popular Posts